Tag: Asia
Skiva sasar peluasan di bandar utama Asia
by The housekeeper on Nov.12, 2006, under Releases
Media : Utusan Mlalaysia Online [Utusan Online]
Tarikh : November 12, 2007
KUALA LUMPUR, 12 November 2007. – Grand Bell Trading Sdn. Bhd., cabang peruncitan bagi jenama pakaian dalam wanita tempatan, Skiva, menyasarkan bandar-bandar utama di Asia sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan perniagaannya.
Jenama yang bermula pada pertengahan tahun 1990-an itu, pada mulanya memenuhi keperluan wanita bersaiz besar tetapi memasuki lembaran baru setelah mendapat “wajah baru” selepas penjenamaan semula yang dilaluinya.
Kini produknya ditempah mengikut keperluan semua lapisan masyarakat, dari remaja belasan tahun hinggalah kepada wanita berusia, kata Pengawas Kewangannya, Lam Wan Kong.
“Kami merancang untuk membuka sebuah butik dalam tempoh setahun setengah akan datang di bandar-bandar besar seperti Dubai, Jakarta dan Ho Chin Minh. Bagaimanapun, kami perlu mengkaji pasaran terlebih dahulu untuk melihat trend di sana,” katanya kepada Bernama di sini.
Penjenamaan semula yang melibatkan pelaburan berjumlah RM2 juta itu, akan menyaksikan Skiva konsep baru serta rangkaian produk yang lebih ‘segar’ dan mengikut aliran zaman.
Jika sebelum ini ia disasarkan kepada segmen tahap sederhana dan rendah, penjenamaan semula itu akan menyaksikan rangkaian produk baru yang disasarkan kepada pengguna-pengguna tahap sederhana dan sederhana tinggi, kata Wan Kong.
Syarikat itu merancang untuk memperluaskan operasi perniagaannya secara perlahan-lahan, daripada konsainan kepada butik, kata beliau.
Jenama Skiva kini diedarkan di 85 cawangan oeruncitan dan dua buah butik yang terletak di Berjaya Times Square di Kuala Lumpur dan pusat beli belah Klang Parade di Klang.
Syarikat itu dijangka membuka sebuah butik lagi di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall, apabila kompleks membeli belah itu siap dibina.
Jenama tempatan itu sedang bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa seperti Wacoal dan Triumph, dan setakat ini, ia menikmati agihan pasaran sebanyak tiga hingga lima peratus.
Grand Bell, yang melaporkan perolehan sebanyak RM21 juta dalam tahun kewangan sebelumnya, menyasarkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 10 hingga 15 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir pada bulan Februari 2007, kata Wan Kong.
Ini sebahagian besarnya akan di sumbangkan oleh permintaan pengguna disebabkan oleh musim perayaan dalam enam bulan kedua tahun ini, jelasnya.
Satu lagi penyumbang kepada pen dapatannya ialah produk khusus syarikat itu iaitu baju dalam kanser.
Kata beliau, Skiva kini merupakan peneraju dalam pasaran khusus ini. Ia memajukan produk ini mengikut keperluan dan spesifikasi pelanggan.
- Bernama
Sumber dari: http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2006&dt=1113&pub=utusan_malaysia&sec=korporat&pg=ko_02.htm&arc=hive