SKIVA.Blog | see us in the other way round

SKIVA.Blog
  • Home
  • Journal
  • Lifestyle
    • Food & Beverage
  • Reference
  • Releases

Tag: Malaysia

Koleksi pakaian dalam ranggi dan trendy

by The housekeeper on May.06, 2009, under Releases

Media : Utusan Malaysia
Tarikh : 6 May, 2009.


 

Utusan 6 May 2009 cover page

Oleh Diyana Rose Kamalludeen

SKIVA International (Skiva) merupakan jenama pakaian dalam ultra feminin buatan Malaysia yang menawarkan produk berkualiti, selesa dan mampu milik setaraf kategori jenama antarabangsa lain.

Sejak lebih 30 tahun lalu, Skiva memenuhi keperluan wanita tempatan sama ada golongan pertengahan atau sederhana mewah dengan menawarkan pilihan bersesuaian dengan gaya hidup serta cita rasa masing-masing.

Hari ini, Skiva mempunyai 17 buah butik dan 56 kaunter jualan di kebanyakan pusat membeli-belah terkemuka negara dan bakal membuka 20 cawangan baru tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Joseph See memberitahu, beberapa dekad lalu, segmen pasaran pakaian dalam wanita agak lembap terutama bagi pasaran sederhana dan mewah disebabkan dominasi oleh jenama antarabangsa.

Namun Skiva mempunyai strategi tersendiri untuk mendapatkan pengiktirafan pasaran dalam dan luar negara menerusi peluang eksport untuk memperkenalkan jenama buatan Malaysia itu di peringkat global.

"Kami menyedari produk yang tidak mengikut trend pasaran dan kehendak pelanggan mencetuskan pertembungan dari segi kualiti produk, harga dan perkhidmatan.

"Justeru, Skiva berusaha memperkenalkan koleksi produk terbaru pada harga yang rendah dengan rekaan inovatif dan bergaya, setanding dengan pasaran global," jelasnya.

Terbaru pada 25 November tahun lalu, Skiva International membawakan jenama Intimas menerusi pelancaran butik pertamanya di Gurney Plaza, Pulau Pinang dan yang kedua di Mines Shopping Fair, Seri Kembangan Selangor.

Sesuai untuk wanita berusia 22 hingga 45 tahun yang mengamalkan gaya hidup moden, sukakan kesederhanaan dengan kemasan chic. Intimas merupakan kekuatan dalaman dan keanggunan menerusi keindahan rekaan dan ciri-ciri mewah produk yang ditampilkan.

Koleksi Intimas terdiri daripada bra dan seluar dalam, baju tidur, anak baju dan pakaian sukan (active wear) seperti pakaian renang dan yoga.

Pengurus Besar Pembangunan Produk dan Ketua Pereka, Divya Vijayan berkata, tumpuan diberikan terhadap trend terkini yang dihasilkan semula menerusi potongan inovatif dan pemilihan fabrik berkualiti tinggi.

"Kebanyakan koleksi pakaian dalam Intimas disulami kemasan indah seperti renda, tulle, sutera dan sifon yang feminin, menggoda dan selesa dipakai," jelasnya.

Di samping Intimas, Skiva bakal memperkenalkan dua lagi jenama tidak lama lagi, iaitu Multi untuk pasaran mewah dan Tia, untuk golongan muda bergaya.

Multi diletakkan sebagai jenama premium dengan fungsi praktikal berharga antara RM179.90 hingga RM399 untuk wanita moden profesional berusia 25 hingga 45 tahun.

Rekaan jenama tersebut lebih mengikut kesesuaian musim dan mempunyai reka bentuk serta kemasan halus, khusus untuk wanita yang mementingkan penampilan dari segala aspek terutama bentuk badan sempurna.

Sementara Tia terdiri daripada koleksi ranggi, ceria dan trendy untuk wanita muda antara 22 hingga 30 tahun yang gemarkan cabaran dan keseronokan, berharga RM69.90 ke atas.

Menurut Divya lagi, Skiva menggabungkan kepakaran tempatan dengan kemudahan teknologi terkini untuk menghasilkan reka bentuk yang paling selesa, bergaya dan berkualiti tinggi.

Rekaan koleksi jenama keluaran Skiva akan dilakukan sendiri (in-house) mengikut acuan kehendak dan trend pasaran dalam membangunkan produk terbaru.

"Kualiti rekaan diberi tumpuan utama untuk memberi saingan kompetitif yang meletakkan Skiva di tahap lebih tinggi berbanding jenama lain.

"Pada masa ini juga, kami sedang melakukan penyelidikan terhadap acuan, busa/span dan fabrik inovasi terkini yang mempunyai pelbagai manfaat seperti lebih ringan, mudah bernafas dan mampu menghapuskan bau," tambah beliau.

Katanya, Skiva sentiasa melancarkan produk berinovatif yang dibangunkan oleh pereka tempatan termasuk koleksi korset, terdiri daripada ‘catsuit’, korset dan seluar dalam dengan sulamanrenda.

Click to review this scanned copy from Utusan Malaysia (6 May 2009)

 


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0506&pub=utusan_malaysia&sec=Feminin&pg=fe_05.htm&arc=hive

 

Leave a Comment :Divya, International, Intimas, Malaysia, pakaian dalam, ranggi, Skiva, trendy, ultra feminin, Utusan more...

This one’s for the ladies

by The housekeeper on Aug.15, 2008, under Releases

Medium : Malaysia Business
Date : August 1-15, 2008.


Stories by CHUA SIEW CHING

Malaysian Business

Cover page, "Malaysia Business"

 

The interview

Click picture to enlarge.

 

Page 1

click picture to enlarge

Leave a Comment :business, ladies, Malaysia more...

  • Categories

    • Journal
    • Lifestyle
      • Food & Beverage
    • Reference
    • Releases
  • Meta

    • Register
    • Log in
  • We're on Facebook

  • SKIVA Newsletter Subscription

    Subscribe our newsletter today and get feed with our latest sale & promotion event updates.

    Type-in your E-mail address here:

    Subscribe
    Unsubscribe

    Get this Wordpress newsletter widget
    for newsletter software
  • Slideshow

      Get the Flash Player to see the slideshow.
  • SKIVA Miss Inner Beauty 30-sec promo ad

    http://www.youtube.com/watch?v=pf4jblXEH24

  • SKIVA Miss Inner Beauty 2010 (48sec promo ad)

    http://www.youtube.com/watch?v=VtipHsHRyEc

  • Tag Cloud

    70 carat diamond 100 Million Adrienne ASEAN Asia brand Breast cancer Centre Christian Dior Convention Double Wonder dress Exhibition expensive Export fashion Global Grand Bell growth Intrade. Matrade jewel Joseph See KLITF Lower price Malaysia Maldives Nightingale of KL OEM opportunity Optimistic Prada Rich risk RM2 juta RM32 juta RM50 million sasaran peluasan Singapore Skiva Stylo Tucson Turki Utusan Malaysia warehouse sale Women

    WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Recent Posts

  • Warehouse Sale 2010 (II)
    posted on 08-09-2010
  • Pakaian Dalam Miliki Teknologi Hijau
    posted on 04-20-2010
  • 企业成功无惊喜可言
    posted on 04-20-2010
  • 办公室健康零食
    posted on 02-10-2010
  • Facts of Facebook
    posted on 02-04-2010
  • Warehouse Sale 2010 (I)
    posted on 12-24-2009
  • Merry Christmas!!!
    posted on 12-23-2009
  • Preview of Skiva Online Measurement Calculator
    posted on 10-21-2009
  • TV1 TV-Interview
    posted on 08-18-2009
  • Healthy Beverage Guideline
    posted on 08-05-2009

Recent Comments

  • jo: have more another warehouse sales in kl....
  • Harley Daprile: The Chinese have been drinking Green Tea for thousands of ye...
  • The housekeeper: Hi, Yes. The next warehouse is on this coming 5-Aug till...
  • Me: hi, saya nak tahu bile lagi akan diadakan jualan gudang ( Wa...
  • Guestd: 健康零食对于身体还是比较重要的,零食中有些元素可以弥补正餐的不足...
  • coronary heart disease: Thanks for sharing the information. I found the info very he...
  • Jordan Teh: A great blogs can give a person a new feeling, let a person ...
  • nix: Thanks for revealing such valuable info as it will be of gre...
  • Karol: It's refreshing to see someone very chuffed about what they ...
  • BDC: Thanks brother was very nice of page.|Fantastic! Some absolu...

Powered by WordPress with SKIVA Standard Theme Pack.
Courtasy of Grand Bell Trading Sdn. Bhd. (672569-D) | Copyright 2009.



Back to top ↑

WordPress